Our Company

gambar-mak-ayah

Kata-Kata Aluan Yg Bhg Dato’ Hj Md Daud b.Che Ngah

Pengerusi Eksekutif, Bin Daud Sdn Bhd (W-929238)

Datin Hjh Arbi bt Abd Rashid

Pengarah Urusan, Bin Daud Sdn Bhd(W-929238)

 

 

‘Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Muslimin dan muslimat yang dirahmanti Allah sekalian, kewujudan Bin Daud ini memberi banyak faedah kepada kita, bagi syarikat Bin Daud sudah tentulah berniaga adalah yang digalakkan oleh agama iaitu Rasullah (SAW) bersabda “Berniagalah, kerana 90% daripada rezeki mudah dapat daripada perniagaan.”

Biasanya jemaah umrah & haji mencari barang-barang keperluan di Tanah Suci melalui beberapa tempat yang jauh dari kawasan mereka, perjalanan yang memakan masa, belanja kenderaan dengan harga yang pelbagai.

Bin Daud merupakan tempat sehenti (One Stop Centre) di mana kami menawarkan pelbagai jenis barangan keperluan haji & umrah, pakaian muslimah dan sebagainya di satu tempat yang sama, iaitu di Bin Daud.

Ini dapat menjimatkan kos perjalanan, masa tidak terbuang, dapat memilih sendiri barang yang berkualiti dan barang yang bersesuaian kerana penjual lebih tahu akan kualiti dan kegunaannya, jemaah boleh memilih sendiri barang yang hendak di beli kerana tidak semua jemaah tahu apakah keperluan sebenarnya utk kesesuaian di tanah suci. Ini amat memberi kemudahan kepada mereka.

Bin Daud Sdn Bhd ditubuhkan pada 11-November-2011, membekalkan kelengkapan ihram, pakaian ihram, mini telekung, telekung serta semua buku-buku penulisan Yg Bhg Dato’ Hj Md Daud, vcd umrah dan haji, gajet bacaan doa tawaf & saie serta ziarah melalui alat pendengaran electronik ada dijual di kedai Bin Daud.

Ini adalah hasil pengalaman Dato’ Hj Md Daud bin Che Ngah selama berkecimpung dalam ibadat haji dengan membawa jemaah haji & umrah sejak dari tahun 1975 sehingga sekarang setiap tahun tanpa henti, Alhamdulillah.

Pengalaman ini tidak dibiarkan hilang begitu sahaja tanpa mengekalkannya dalam bentuk penulisan, video dan pelbagai penerangan termasuk melalui jualan barang-barang keperluan.

Semoga jemaah berasa yakin serta mendapat manfaat dari pengalaman beliau yang sangat luas.

Berbelanjalah untuk ibadat, pasti di sana mendapat berkat, InsyaAllah.